Thursday, January 1, 2015

Banjir Kembali Lagi

24 Disember 2014.
Hujan tidak lagi berhenti. Turunnya semakin lebat jatuh ke bumi. Kesemua warga Kuantan berjaga-jaga kerana takut kalau-kalau tahun ini air kembali naik membanjiri kawasan perumahan mereka. Aku juga tidak senang duduk. Sekejap-sekejap aku keluar meninjau keadaan air yang mula meninggi. Sedikit demi sedikit aku sekeluarga mengemas barang-barang di dalam rumah. 

3.00 pagi air mula memenuhi jalan di kawasan perumaha aku Taman Seri Damai Perdana. Kali ini aku kejutkan adik ipar aku dan isteri untuk membantu aku mengemas. Peti ais, mesin basuh, kerusi, almari tv dan barangan-barangan lain telah kami angkat. Barangan elektrik pula aku masukkan ke dalam kereta. Tepat jam 4.30 pagi air yang pada mulanya hanya memenuhi jalan kini telah mencecah buku lali di luar rumah. Penduduk lain sorang demi sorang mengalihkan kenderaan mereka ke bahagian atas taman aku. Keadaan air semakin meninggi dan bila-bila masa akan memasuki ke dalam rumah. 

Barangan penting dan berharga telah kami masukkan ke dalam sang hitam dan sang biru. Yang tinggal hanya pakaian dan kotak-kotak pinggan mangkuk. Aku hanya redha sekiranya air melepasi takat biasa. Azan subuh berkumandang air semakin naik. Aku menggegar mana-mana rumah yang masih tidak menyedari air telah mula untuk memasuki rumah mereka. Sang hitam dan motor telah alu hantar ke atas yang tinggal hanya sang biru. Sang biru tak de masalah untuk harung air sebab dia tinggi. Jam 7.00 pagi air mula sama paras dengan pintu sliding door rumahku. Setelah memastikan semuanya dalam keadaan selamat dan di tempat tinggi aku bersama keluarga keluar daripada rumah untuk tidur di Dhedaun Picture Studio. 




Hujan semakin hari semakin lebat. Tanda-tanda untuk berhenti tidak kelihatan malah hujan terus membasahi bumi. Berita tentang negeri-negeri jiran semakin parah seperti di Kelantan. Tidak ketinggalan juga daerah-daerah di dalam Pahang seperti Kuala Lipis, Jerantut, Maran, Temerloh dan Pekan membuatkan aku sekeluarga berdebar. 2 malam kami bermalam di Dhedaun Picture Studio dan pada hari Jumaat pagi kami kembali ke rumah kerana air telah kembali surut. Alhamdulillah banjir kali ini hanya sekaki sahaja di dalam rumah tidak seperti tahun lepas setinggi pinggang aku. 





Maka bermulalah operasi membersih dan mengemas. Saat yang paling menyeksakan apabila banjir telah surut. Walaubagaimanapun rumah mesti kena dikemaskan dan dibersihkan. Sesungguhnya inilah cabaran yang Allah duga kepada umatnya. Maka kita hendaklah redha dan tabah untuk hadapinya. 

No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...