Thursday, January 29, 2015

Sang Kecil Kena Denda

Kringgg ....... Kringgg ......
"Abang, cikgu cakap Afi Darwisy malas kat sekolah," suara sang isteri yang sedikit marah menelefon aku.
"Lah... Malas macam mana pulak dah?" Aku bertanya.
"Semalam sayang suruh dia buat kerja sekolah tapi dia malas, letihlah.... Sakit tanganlah ... Eee geram sayang," panjang lebar sang isteri mengadu.
"Lepas tu, yang buat sayang marah ni cikgu Ateh tu, dia pergi cerita kat Kak Tie (bukan nama sebenar) yang Afi ni malas nak buat kerja sekolah", mengadu sang isteri lagi.
"Alamak... Ada lagi ker cikgu yang berperangai macam tu kat Malaysia ni?" Aku berseloroh.
"Tu la pasal abang" pendek pulak jawapan dari sang isteri. 
"Macam ni lah sayang, esok sayang slow talk dengan cikgu tu, cakap kat dia elok-elok" jelas aku kepada sang isteri.
"Dah panggil dah tadi tapi dia buat tak dengar pulak" sambung sang isteri.
"Panggil elok-elok lepas tu cakap elok-elok Insya Allah ok nya" aku cuba memujuk sang isteri.
"Tak pe lah pasal Afi tu balik nanti abang settlekan" jawap aku sebelum menamatkan perbualan. 

Seperti biasa aku akan ambil sang kecil dari rumah pengasuh. Aku relax lagi sebab belum sampai rumah. Apabila sliding door rumah sudah dibuka dan meletakkan barang-barang dibahu dan tangan. Aku menanyakan kepada sang kecil.
"Afi Darwisy!! Hari ni ada kerja sekolah?" Sambil melabuhkan punggung ku ke sofa.
Sang kecil hanya menganggukkan kepala nya.
"Kalau dah ada apa lagi buatlah" suara aku masih mantain.
Saat itu wajah sang kecil ada sedikit berubah. Lalu dibawanya keluar bekas pensil dan sekeping kertas (kerja sekolah tadika zaman ini). 
Kelihatan seperti ada sedikit pemberontakkan dalam telah berlaku. Aku biarkan sahaja tanpa berbunyi. 
Ada 5 gambar yang perlu diwarnakan dan menyambung titik-titik putus gambar tersebut. Gambar pertama berjaya disiapkan. Sang kecil menyambung kerja sekolahnya untuk gambar kedua. Saat itu aku seperti biasa akan mengadap komputer di bilik belakang. Walaupun aku tinggalkan sang kecil di hadapan, tetapi aku pasang telinga. Kedengaran pemberontakkan telah mula turun ke perbuatan, dimana sang kecil mengetuk-getuk meja menggunakan pensilnya. 

Aku keluar ke ruang tamu dengan bertemankan rotan di tangan kananku. Bermulalah lakonan air mata dari sang kecil. 

"Janganlah tinggalkan Afi sorang-sorang, ayah temankanlah Afi" teresak-esak menahan tanggisan. 
"Ok ayah teman, Afi Darwisy siapkan semua kerja sekolah Afi kalau tidak ayah rotan" suara aku mula tegas. 

Maka sang kecil meneruskan kerja sekolahnya sambil berlinangan air mata. Tinggal lagi 2 gambar yang masih belum siap. Ketika itu pemberontakkan kali ketiga berlaku dimana sang kecil mula menconteng bukan lagi mewarna. 

"Afi Darwisy .... Afi Darwisy kata besar nanti nak jadi doktorkan?" Tanya aku.
Sang kecil hanya menganggukkan kepala nya. 
"Kalau nak jadi doktor Afi Darwisy rak boleh malas-malas, kena buat semua kerja sekolah, dengar cakap cikgu, dengan cakap ayah ibu", terang aku sambil memeluk bahu sang kecil. 
"Lepas ni setiap kali cikgu bagi kerja sekolah, Afi Darwisy kena siapkan dulu baru boleh buka tv dan pergi main" aku menjelaskan kepada sang kecil. 

"Haaa ... Kan cantik tu Afi Darwisy warna, boleh pun buat", pujian dari aku kepada sang kecil. 
"Ok... Afi Darwisy siapkan lepas tu tunjuk kat ayah", aku mengarah sang kecil.

Maka sang kecil meneruskan kerja sekolahnya. 

"Dah siap Afi Darwisy?" Tanya aku.
"Belum" pendek jawapannya.
"Dah siap?" Sekali lagi aku tanya.
"Beluummm" pemberontakkan kali ke 4 mula tercetus.
10 minit kemudian aku menanya sekali lagi. "Dah siap kerja sekolah?" Dengan nada yang mendatar.
"Ayah ni jangan tanya dah, dah siap nanti Afi bagi taulah" sang kecil mula feed up.
"Ok ok Afi Darwisy siapkan dulu, dah siap tunjuk kat ayah.

20 minit kemudian....

"Ayahh!!! Dah siap" sambil menunjukkan kertas kerja sekolahnya kepada aku. 
"Haaa boleh pun cantik pun Afi Darwisy buat," puji aku kepada sang kecil.
"Ok Afi Darwisy nak apa? Kita pergi beli" tawaran istimewa daripada aku kepada sang kecil.
"Afi nak Kit Kat ayah" jawap sang kecil yang sudah mula tersenyum.
"Ok ... Kita tunggu ibu balik lepas tu kita pergi beli banyak-banyak Kit Kat ye" sambil mengosok-gosok kepala sang kecil. 

Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya engkaulah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Bukalah pintu hati Afi Darwisy untuk beliau mudah menerima ilmu. Lapangkan lah dadanya dan dan cergaskanlah fikirannya. Sesungguhnya engkaulah yang maha besar dan maha agung. Aminnnn




No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...