Monday, May 11, 2015

Hero di Mukabuku

Sehari dua ni aku baca jer di laman sesawang mukabuku ni. Aku baca apa bendalah yang korang semua patukkan di papan kekunci korang semua. Pandai berkata-kata dan pandai bermadah. Tapi hanya di laman sesawang mukabuku ini tak kemana pun malah lemparan kata-kata yang dipatuk itu seperti ibu ketam yang hendak mengajar anaknya berjalan pandai. 

Korang tak habis-habis nak memperjuangkan sesi pembakaran suar oleh musibat berbaju hitam mendatangkan masalah kepada pembayaran gaji para pemain. Korang pasti kerana denda yantg terpaksa dibayar akan mengakibatkan gaji pemain tertunggak? Kalau kalian terlalu pasti dengan patukkan jari jemari kalian di papan kekunci seperti yang kalian war-warkan itu aku hadiahkan senyuman sinis buat kalian. 


Aku nak tanya kalian kalau musibat berbaju hitam ini tidak melaksanakan upacara pemujaan api seperti yang kalian gembar-gemburkan adakah gaji pemain cantik pembayarannya? Kalau kalian kata YA! Maknanya kalian semua silap dan kalian semua hanya hebat sebagai seorang pematuk papan kekunci. Sudah beberapa kali dalam tahun ini pembayaran gaji mereka tersangkut bukan kerana duit tiada tetapi duit tidak tahu dimana.

Apabila saat-saat perlawanan yang hebat-hebat yang majoritinya akan mengundang para penyokong memenuhi setiap ruang di dalam stadium, timbul pula tiket simpanan. Kenapa perlu keluarkan tiket simpanan? Tidak cukupkah penjualan tiket yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat perlawanan? Kenapa perlu ada penambahan tiket simpanan? Untuk kaut keuntungan? Untuk buat side income? Kalian cuba buka mata kapasiti Stadium Darul Makmur boleh memuatkan sebanyak 30 ribu orang penyokong sedangkan perlawanan baru-baru ini pengacara majlis mengumumkan seramai 31663 orang penyokong. Tetapi kalian tahu atau buat-buat tidak tahu di luar stadium ada berapa ratus malah ribu orang lagi yang tidak lepas masuk, belum ditambahkan dengan yang duduk bersila di laluan dan di tangga mungkin jumlah sebenar adalah seramai 35 ribu orang. Jom kita main kira-kira jangan hanya mematuk di huruf sahaja kita ke kiri papan kekunci pulak iaitu nombor. Kita ambik tiket paling murah iaitu RM12 X 31,663 = RM379,956. Tetapi dari penggamatan mata yang waras kapasiti di dalam dan di luar lebih kurang 35 ribu. RM 12 X 35,000 = RM 420,00. Wowww kaya tak persatuan keuntungan atas angin sebanyak RM40,044. 

Sebenarnya kalian manusia biasa yang hanya nampak kegagasan dan kelemahan musibat yang nakal ini apabila mereka membuat onar dengan pembakaran suar dan bom asap. Tetapi sekiranya kalau kalian menjadi manusia yang luar biasa kalian akan nampak keseluruhan tentang kelemahan dan kesempatan yang sedang diambil oleh pihak-pihak tertentu. Janji tinggal janji pintu gate perlu dibuka jam 5.30 petang tetapi jam 6 lebih juga baru di buka dan mengakibatkan kesesakan penyokong. Dahulunya tiket yang dibeli dengan wang ringgit oleh penyokong dikoyakkan dengan rakus oleh pihak persatuan tetapi setelah di panaskan sedikit tempat duduk yang berkenaan barulah ada kaedah yang sedikit kreatif. 

Sememangnya lumrah alam bahawasanya kesalahan yang nampak di mata sentiasa akan dikeji dan dimaki. Sedangkan kesalahan yang di belakang dibiarkan kalau nampak hanya menggunakan ekor mata sahaja memandang. Tetapi mungkin selepas ini kita boleh membincangkan tentang artikel 88 daripada FAM (korang tau tak tentang Artikel 88?) berkenaan dengan pembakaran suar atau bom asap di dalam stadium salah atau tidak salah. 


Setiap penulisan perlulah dengan fakta bukannya auta. Setiap apa yang berlaku perlulah dilihat dengan kewarasan bukan kerana hasad dengki mahupun kemarahan di hati. Penulisan di dalam sebuah buku Quranic Law Of Attraction pernah mengungkaikan tentang kuasa tarikan di dalam hukum alam iaitu perilaku yang dilakukan oleh seseorang. 

2 comments:

  1. mereka masih tak tahu perbezaan ULTRAS dan penonton.
    ULTRAS dengan LALANG pun jauh bunyinyer...

    ReplyDelete

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...