Tuesday, May 5, 2015

Kemenangan Yang Mahal Harganya

30 April 2015 (Khamis)
Hari Keempat

Seawal pagi kami bangun dengan penuh semangat kerana kami inginkan kemenangan. Kerana dengan kemenangan ini akan memberi tiket kepada team bola sepak LPPKN melangkah ke pusingan kedua. 


Pertemuan dengan Universiti Malaysia Kelantan  (UMK) sememangnya dinantikan kerana kami pernah ditewaskan 1-2 oleh mereka semasa Sukanun 2013 di Unimap dahulu. Justeru itu pertemuan pagi ini adalah edisi membalas dendam. 

Goooolllll Team LPPKN berjaya melangkah ke pusingan kedua di Sukanun 2015 setelah berjaya menewaskan UMK dengan jaringan 2-0. Pertemuan pusingan kedua akan diadakan pd sebelah petang iaitu jam 3.30 petang menentang ISN di padang yang sama.

Perkabaran gembira juga diterima daripada team dart LPPKN dimana mereka telah berjaya melangkah ke suku akhir. Maka sasaran mereka telah tercapai. Setelah dapat tahu team dart berjaya mencapai sasaran bebudak bola semakin bersemangat untuk meneruskan cabaran di Sukanun 2015 Sabah ini. 

Permainan pada sebelah petang ditemani dek hujan renyai-renyai dan angin yang kuat tetapi hanya sementara. Kalau dibuatnya panas terik aduh macam mana lah keadaannya. Di separuh masa pertama tamparan hebat diterima oleh team LPPKN di mana kereta kebal kita orang dilanda kecederaan dan tidak mampu untuk meneruskan perlawanan. Sememangnya kecederaan yang dialami oleh Sang Firdaus telah lama dan kali ini untuk kembali cergas mungkin akan makan masa. 

Perjuangan kami diteruskan di separuh masa kedua dengan kedua-dua pasukan masih belum menjaringkan gol. Tetapi tidak lama selepas wisel separuh masa kedua ditiup, pasukan lawan berjaya memperolehi sepakan percuma. Aku bersedia diposisi setelah mengarahkan benteng dibuat. Akhirnya tendangan dari ketua pasukan ISN melambung tinggi melepasi palang gol aku tetapi aku tetap bergerak seperti ingin menyelamatkan keadaan. Tetapi malang tidak berbau aku tersalah landing lalu kaki aku terseliuh dan tersangkut di jaring gol. Ketika itu kurasakan seperti biasa sahaja, hinggalah aku cuba untuk bangun bagi meneruskan perjuangan tetapi aku tidak berdaya. Kaki aku langsung tidak boleh pijak ke tanah. 

Untuk kejohanan kali ini team bola LPPKN hanya bawa seorang sahaja penjaga gol maka tiada pilihan lagi Sang Mokhtar yang pada awalnya adalah posisi penyerang terpaksa mengisi kekosongan yang aku tinggalkan di posisi penjaga gol. Kini team LPPKN hanya ada seorang sahaja pemain simpanan jika ada apa-apa lagi yang berlaku pastinya Manager Ajis tepuk dahi. 

Kesakitan yang aku alami tersangatlah sakit. Sebelum ini aku pernah juga mengalami kecederaan di bahagian ankle tetapi kali ini semakin teruk mungkin kerana dah banyak kali aku terkena di tempat yang sama. Preettt prettttttttt pengadil perlawanan meniupkan wisel perlawanan. Penalti!! Perghhh bagaikan tidak percaya rakan-rakan sepasukan berjaya mengheret pasukan ISN yang serba lengkap hingga ke tendangan penalti. Saat yang mendebarkan kian terasa. Golll ... Menang? Kita menang? Sang Mokhtar yang menjadi bidan terjun berjaya menyelamatkan 2 tendangan pasukan lawan tq mokhtar tq sholin soccer.

Akhirnya kami berjaya melangkah ke peringkat suku akhir dengan serba kekurangan. Terima kasih rakan sepasukan, terutama sang Mokhtar kerana mengisi kekosongan yang aku tinggalkan hasil tindakan kurang bijak aku.

Aku mendapat rawatan di Hospital Besar Likas dan alhamdulillah telah membuat sinaran X doktor mengesahkan hanya tisu sahaja yang koyak. Misi aku selepas itu adalah mencari tongkat untuk memudahkan aku bergerak. Bayangkanlah aku terpaksa memanjat tingkat 5 untuk sampai ke kediaman aku. Tetapi semuanya hampa kerana semua farmasi telah tutup dan cuti sempena Hari Pekerja. 





Cerita hari keempat aku tamatkan dahulu untuk memberi ruang cerita hari ke lima di pusingan suku akhir.

No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...