Thursday, May 7, 2015

Masa Untuk Berjalan

2 Mei 2015 (Sabtu) 
Hari Ke Enam

Tinggal lagi 2 hari kami di bumi Kota Kinabalu. Hari ni planning masing-masing untuk berjalan ke Kundasang. Tapi kena gerak awal pagi kalau hendak menikmati keindahan Gunung Kinabalu. Van aku gerak dulu sebab van kitaorang tidak power seperti van yang dipegang oleh Bro Usop. 

Perjalanan yang memakan masa 1 jam setengah dimulakan. Kedudukan geografi yang berbukit bukau dan bersimpang siur membuatkan perjalanan tersangat mencabar. Di hadapan aku sekarang adalah Gunung Kinabalu dan aku tersenyum sendiri. Bilakah aku berpeluang untuk mendaki gunung yang banyak kisahnya ini. 



Seperti biasa untuk memasuki kawasan-kawasan macam ni kena lah berbayar RM3.00 sekepala. Tinjauan kami ke sana hanya sebentar kerana banyak lagi tempat untuk dikunjungi. Keadaan kaki aku ketika itu semakin sakit. Tanpa tongkat aku gagahi memijak bumi Allah ini. Selepas selesai berhenti makan kami meneruskan perjalanan ke Cow Farm. Tempat lembu-lembu seperti di New Zealand menjadi pilihan set ni untuk dilawati. Sekali lagi kami dikehendaki untuk membeli tiket RM5.00 sekepala. Setelah sampai ke destinasi aku kekal di dalam van kerana jalan yang tidak rata menghalang untuk aku bersiar-siar bersama teman-teman yang lain. 


Selesai di ladang lembu kami meneruskan perjalanan ke Ladang Teh dan Kolam Ikan. Seperti biasa aku terperuk di dalam van kerana tidak mampu untuk berjalan di atas jalan yang berbatu-batu. Kawan hanya mampu melihat gambar-gambar yang mereka hantar di group wasap. 

Suasana di Kundasang ni lain sikit. Walaupun panas tapi udaranya sejuk dan pada belah petang hujan akan turun maka lagi lah sejuk. Kami terpaksa pulang awal kerana nak uruskan pula urusan tiket untuk pulang dan mengambil jersi di dobi. Maka tak dapatlah nak singgah di rumah terbalik.  Tapi kalau singgah kena keluar duit lagi RM10.60. Sekali ada 60 sen daaa GST kot. 

Pada sebelah malam aku meneruskan sedikit pembelian buah tangan untuk di bawa pulang di Kampung Air. Pakaian semua telah aku kemas. Perasaan untuk pulang ke sisi keluarga semakin membuak-buak. 



No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...