Tuesday, May 12, 2015

Propaganda Bertopeng

Jam di Astro menunjukkan pukul 4.00 pagi hari Selasa 12 Mei 2015. Di saat aku ingin melelapkan mata yang keletihan tergerak hatiku untuk membuka laman facebook tetapi tiada apa yang menarik, mungkin semua sedang nyenyak tidur dibuai mimpi malam. 

Jari jemari ku laju scroll wall di facebook. Sehinggalah aku berhenti di timeline yang dihasilkan oleh Unit Media EA. Gambar party pyro semasa perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA 2015 di antara Pahang VS Kelantan di Stadium Darul Makmur.  Ada 120 komen yang dipatuk menggunakan jari jemari mereka. Aku baca dari komen yang pertama hinggalah komen yang terakhir sambil tersenyum simpul. Di dalam hatiku ini lah realiti dunia tanpa sepadan di alam maya. 


Ranking isu yang pertama adalah membazir kerana di denda disebabkan pembakaran suar dan bom asap oleh musibat EA. Kedua, bila didenda gaji pemain tak dapat dibayar. Ketiga, isu untuk mengharamkan EA masuk stadium, keempat,disebabkan asyik didenda maka stadium tak ada duit untuk tingkatkan kemudahan. Dan ada lagi lah isu-isu yang lain.

Baiklah hadirin dan hadirat sekalian. Aku OFF topik pembakaran suar dan bom asap dari musibat EA buat sementara waktu tapi aku ON isu-isu yang dilemparkan. Tapi ini adalah daripada penulisan SangSperma. 


Sememangnya tidak dapat disangkal lagi jika didenda persatuan akan membayar denda tersebut kepada FAM Bangsat. Katung FAM Bangsat akan penuh. Tapi pernah tak korang baca atau ambik tahu kalau kita bakar semasa perlawanan skuad kebangsaan sapa yang akan didenda? Pernah tak dengar FAM bayar denda? Itu untuk skop yang lebih besarlah cukup untuk skop yang kecil iaitu persatuan bola sepak negeri sendiri, sebenarnya diaorang pejam mata je menyelesaikan masalah tersebut dek duit tepi hasil daripada jualan tiket yang berlebihan pada perlawanan-perlawanan yang dianggap besar. Maka sudah mencukupi untuk membayar denda-denda tersebut. 


Apa? Bila di denda duit persatuan habis? Tidak boleh bayar pemain?. Cuba kita fikirkan lah secara minda yang waras. Seorang pemain perlu dibayar mungkin dengan gaji RM40K ada 28 orang pemain kalau tak silap dan termasuk pengurusan untuk dibayar gaji mereka setiap bulan. Bulan ini stadium penuh dapatlah bayar gaji mereka ya? Kalau bulan depan stadium tak ramai macam mana pulak nak bayar gaji mereka? Sebab itulah pengurusan perlu lebih peka tentang pemilihan sponsor. Mereka itulah yang akan membayar gaji-gaji pemain ni. Genting Highlands satu nama yang gah bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia, kenapa hanya ada di jersi away sahaja? Kenapa tidak ada di jersi home? Suatu masa dahulu di zaman kejatuhan Pahang ada juga gaji yang tidak dibayar dan masa itu belum timbul lagi masalah suar dan bom asap ni. Adakah persatuan kena denda sebab tak capai SOP tugas mereka sampai gaji pemain tidak dapat dibayar? Bagi SangSperma masalah membayar denda bukanlah penyebab kepada pemain tidak dapat gaji tetapi amanah dan tanggungjawab persatuan yang tidak prihatin mungkin menjadi faktor utama. 

Bab mengharamkan musibat berbaju hitam ini aku anggap satu perkara yang sangat kelakar. Setahu akulah EA ni bukan organisasi dan kita tak kenal pun sapa EA sapa penyokong biasa sebenarnya. Diaorang nak haramkan macam mana? Pernah suatu ketika dahulu Pahang VS Terengganu (away) musibat ini boikot tidak mahu turun dan Pahang VS Negeri Sembilan musibat ini 'silent mode'. Aku pernah terdengarlah bisikan-bisikan asmara dari orang, "kenapa EA senyap? Tak best la", "ayah suruhlah EA nyanyi tak syok lah", "aduh buat letih jer bawak anak bini sekali EA senyap jer", "ala abang saya datang bukan nak tengok bola sangat tapi nak tengok EA kenapa diaorang senyap?", "nyanyilah EA player tak semangat langsung tu". Beberapa ayat yang sempat aku sematkan di dalam mindaku. Tepuk dada tanya selera. 


Asyik kena denda kemudahan di stadium tidak dapat dinaik taraf? Salah sebab didenda lagi?. Warga laman sosial yan dihormati sekalian. Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian untuk menaik taraf stadium bukan pada persatuan tetapi pada Perbadanan Stadium Darul Makmur itu sendiri. Cuba kalian tanya pengurusan stadium berapa yang diaorang dapat dari setiap perlawanan? Hanya duit sewa stadium sahaja yang mereka perolehi. Pada mulanya aku terperanjat juga, yelah mesti ada percent untuk pihak stadium dari setiap perlawanan tetapi semuanya hanya bayangan. Perbadanan stadium itu sendiri miskin bukan disebabkan kena denda atau bebudak EA buat hal tetapi perjanjian atau kontrak yang yelah dipersetujui dari kedua-dua belah pihak. (Cukuplah nanti panjang-panjang tak senang duduk pulak)

Janganlah kita hanya menunding jari di atas kesalahan musibat berbaju hitam. Itu cara mereka kerana kata mereka We Are Ultras. Sebenarnya mereka tidak goyang pun kalau penyokong setempat sendiri membenci mereka sebab mereka hanya ada satu matlamat iaitu menyokong pasukan kesayangan mereka dan merogol persatuan sekiranya perlu. Cuba kita buka minda kita dengan lebih luas dan positif iaitu perkara yang lebih penting kita hai hai bye bye kan ia tetapi yang remeh temeh ini digembar gemburkan. 


Seperkara lagi tahun ini sahaja boleh dikatakan kesemua Ultras negeri-negeri dah menjalankan tugas mereka dan jadi diri mereka sendiri. Tidak pernah pulak aku tengok nak kecoh-kecoh. Media pun tak ada pulak nak heboh-hebohkan di muka depan atau muka belakang surat khabar masing-masing. Kalau dengan sang Elephant Army dan dirgahayu Negeri Pahang laju jer terpampang di dada-dada akhbar. Bukan dengki tetapi terasa sedikit di hati kecilku ini untuk meluahkan. 

Arghhhhh habis channel aku tekan tapi tidak ada cerita yang menarik untuk aku tonton. Penulisan aku malam ini pun sudah habis rasanya, kalau ada lain Insya Allah di lain masa. Esok aku ada temujanji bersama doktor berkenaan kaki ku ini maka izinkan aku tidur. 

No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...