Sunday, May 17, 2015

Air Mata Yang Mengalir

Tangisan yang mengalir kerana dua perkara. Pertama kerana kejayaan yang dicapai dan yang kedua adalah kerana kegagalan yang menimpa. Itulah yang tersurat disegenap lapisan penyokong Tok Gajah yang hadir ke Stadium Sultan Muhammad Ke-4 Kota Bharu Kelantan. Kehadiran mereka dengan kekuatan 22 biji bas dan diikuti dengan konvoi kereta serta van. Tidak ketinggalan dengan warga Pahang yang berada di Kota Cik Siti Wan Kembang. Bagi mereka awaydays kali ini adalah yang terbaik dan yang paling menyentuh perasaan. Walaupun dikelilingi oleh berbelas ribu penyokong tuan rumah tetapi kepaduan suara serta keseragaman pergerakkan mengatasi segalanya. Kesepakatan yang ditunjukkan oleh para penyokong dengan hadir berpakaian hitam atau jersi away sebagai menyaksikan mereka sehati sejiwa turun ke stadium. 


Walaubagaimanapun sorakkan daripada pemain ke-12 di tempat duduk penyokong tidak mampu direalisasikan oleh pemain-pemain pujaan mereka di atas padang. Kekalahan 1-3 ke atas Kelantan sungguh memeritkan. Tetapi mereka akur dengan apa yang berlaku. Pasukan Pahang yang menempuh Liga Malaysia dan AFC 2015 dengan jadual yang padat serta perjalanan yang jauh mungkin menjadi faktor utama kepada kegagalan pada malam ini. 

Nampaknya pihak kejurulatihan serta pengurusan perlu lebih efektif selepas ini untuk memastikan para pemain sentiasa lebih berstamina dan fokus dengan setiap perlawanan. Pemain di bangku simpanan masih ada dan sebenarnya mereka juga mampu untuk mengalas tanggungjawab sekiranya diberi peluang. Gunakanlah mereka. 

Jelas kelihatan di wajah-wajah para penyokong yang terlalu kecewa dan sedih dengan keputusan serta permainan hari ini. Sebelah kaki sebenarnya telah berjaya melangkah ke pentas perlawanan akhir tetapi terpaksa di angkat semula ke belakang dan melangkah ke tangga bas menuju pulang dengan kehampaan. Selamat tinggal pentas perlawanan akhir Piala FA 2015. Fokus kepada Liga Super sebagai tiket untuk ke AFC 2016 serta menambah koleksi piala bagi tahun ini. 


Kita sudah kehilangan Piala FA tapi kita   masih ada Liga Super serta Piala Malaysia. Teruskan sokongan kepada pasukan kesayangan kita. Teruskan perjuangan yang masih belum selesai. Tanpa pemain ke-12 tiada ertilah permainan bola sukan yang paling diminati masa kini dahulu dan selamanya. 

No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...