Monday, May 11, 2015

Kaki Oh Kakiku

Selama aku beraksi di padang bola atau di padang futsal ni aku rasa kecederaan kali ini amat menyakitkan dan menyusahkan. Kecederaan yang sepatutnya boleh dielakkan kalau aku tidak mengada-ngada untuk menyelamatkan pintu gol aku ditembusi sedangkan tendangan dari pihak lawan nun melambung tinggi. Tapi itulah komitmen aku untuk memastikan pintu gol aku tidak ditembusi. 

Pada mulanya aku rasakan seperti hanya terseliuh biasa sahaja. Setelah captain aku berlari ke arah aku dan aku hanya mampu tersenyum lalu aku gagahi untuk bangkit untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Tetapi secara automatik aku kembali jatuh ke tanah kerana kakiku langsung tidak boleh berpijak ke tanah. 


Tatkala itu lah aku lihat captain aku mencekak pinggang dan menoleh ke luar padang melihat siapa yang mampu mengisi kekosongan di gawang gol. Dalam masa yang sama aku hanya mampu merapatkan kedua belah tangan ku memohon kemaafan. Apabila aku telah diusung keluar padang yang bermain difikiran aku adalah apartment aku yang berada di tingkat 5 tanpa lif. 

Kesakitan yang aku rasai teramat sakit. Doktor yang merawat aku di Hospital Likas juga pelik melihat keputusan X-Ray dan buku lali ku yang membengkak besar. Tiada patah tiada kecederaan yang serius hanya tisu yang terkoyak. 


Di Kota Kinabalu ni nak cari tongkat punya la susah. Nak dijadikan cerita hari sudah malam dan esok cuti maka farmasi semua kebanyakkannya telah tutup. Maka berterusanlah seksa aku. Pergi jalan jauh-jauh, bawak 5 roll filem aku hanya terperap tidak boleh berjalan. Kalau ada sang tongkat tahan lah sikit. 

Akhirnya aku berjaya mendapatkan tongkat sakti di Farmasi Aslam berdekatan dengan Hospital Likas. Maka boleh lah aku berjalan-jalan menghabiskan satu roll daripada 5 roll yang aku bawa. 


Sekarang aku telah berada di semenanjung dan aku kembali mendapatkan rawatan di hospital. Setiap seminggu aku kena datang untuk mendapatkan rawatan. Keadaan kaki ku sekarang masih sakit dan membengkak. 

Nampak gayanya lama jugaklah aku kena berehat. Bola apatah lagi memang tidak boleh sentuh. Badminton? Pun sama. Nak menjalankan tugas pun susah dan untuk berkhidmat untuk Dhedaun Picture pun terbengkalai. Tapi ke stadium tidak dilupakan. 


Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah segala urusanku. Berikanlah kesejahteraan kepadaku. Sihatkanlah tubuh badanku. Sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lahi maha penyayang.

No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...