Sunday, July 13, 2014

Wayang.. Aku.. Dia dan Afi Darwisy

4 tahun dahulu penuh tiket wayang di almari baju kawan. Nak cakap semua filem di pawagam kawan tengok tidak lah jugak tetapi 90% filem yang ditayangkan menjadi aktiviti kawan bersama orang rumah kawan untuk menonton. 

Tetapi selepas kawan mendapat perkabaran bahawasanya sang isteri telah mengandung maka aktiviti menonton wayang diberhentikan. Kononnya masa itu kami inginkan yang terbaik pada anak yang dikandungkan. Hinggalah sang isteri selamat melahirkan putera yang comel aktiviti menonton wayang tidak juga kami sambung. 

Apa? Menonton tanpa sang isteri? Setahu kawan dalam hidup kawan, kawan tak pernah tengok wayang tanpa sang isteri. Pastinya kawan akan menonton bersama-sama. Hari semakin hari sang anak semakin membesar ingin juga rasa di hati untuk membawa sang anak menonton televisyen besar beserta sound sistem yang tidak diperolehi di rumah. Tetapi masih tidak kesampaian.

Hinggalah hari ini Transformers 4 menjadi saksi kami kembali ke pawagam di mana dahulu hanya kami berdua dan kadang-kadang bersama-sama teman-teman kami maka malam ini kami bertiga melangkah ke pawagam berbekalkan pop corn. Nak dijadikan cerita juga dari semalam kawan cuba untuk membeli tiket secara online tapi tak lepas-lepas. Hinggalah petang tadi masih tidak berjaya. Tetapi oleh kerana ingin juga merealisasikan impian sang ibu untuk membawa sang anak menonton cerita robot katanya kawan menghubungi Mus untuk bantu menyelesaikan masalah kawan ni. 

Akhirnya menggunakan aplikasi yang telah di muat turun oleh Mus di Iphone dia maka kawan berjaya memperolehi tiket Transformers 4. Selepas berbuka ketidaksabaran teruji maka kami sekeluarga bergegas bersiap untuk ke East Cost Mall walaupun tayangan lambat lagi. Pop Corn + Coke + mineral + wipe potato telah berada di tangan maka kami melangkah ke bilik tayangan bernombor 5 dan mencari G5-G7 tempat duduk kami. 

Saat apabila tayangan iklan dipamerkan mulut sang anak tidak reti untuk diam. Ada sahaja persoalan dan pertanyaan diajukan. Tetapi seperti biasalah kawan menjawab dengan penuh kasih sayang dan tidak lupa untuk menyuruh sang anak supaya bercakap slow-slow. Apabila tayangan telah dimainkan kawan dapat melihat keterujaan sang anak dengan cerita robot yang disebut-sebut. Tetapi kecelotehan mulut sang anak tidak sampai ke penghujung cerita kerana di pertengahan jalan cerita kawan lihat sang anak telah mula tidur sambil terduduk. Emm Afi Darwisy .... Afi Darwisy sebab tu ayah suruh tidur dulu lepas berbuka tadi sebab hari ini seharian dia tidak tidur langsung, maka dengan pastinya dengan suasana yang sejuk dan gelap dia akan terlelap walaupun bunyi-bunyian yang bising bagaikan tidak menghalang dia untuk terus tidur hinggalah ke akhir tayangan. 

Walaubagaimana pun kesimpulan yang kawan dapat simpulkan bahawasanya selepas ini kami boleh bawa Afi Darwisy menonton lagi kata nya nak tengok cerita monyet plak (Planet Of The Aps). 

Transfomers 4 ni memang best dan membuatkan jiwa kawan menjadi membuak-buak dengan elemen-elemen yang dimasukkan ke dalam cerita yang mungkin tiada kehabisan ini. Selepas ini pasti ada Transfomers 5 sebab Megatron hidup lagi. Apa-apa pun thanks Mus sebab ajar macam mana nak guna e-payment dan bakor kawan tentang Transfomers 4 ni. 



No comments:

Post a Comment

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...