Aduh sakit perut plak dah. Time-time nak setup untuk program ni lah dia nak sakit perut. Tandas.... Tandas mana tandas ni. Ohhh rupanya sebelah dewan ni jer. Fuhh tak ada orang nasib baik. Dah hujung-hujung dah ni.
"Alamakkkk mana paip jamban ni", jerit aku sambil tercari-cari. "Arghh padah ni nak basuh macam mana ni", gertak hati aku. Aduhh dah nak terkeluar sangat dah ni, macam mana ni.... Aku dah jadi tak keruan. Saat genting untuk menahan azab yang sangat sengsara.
Jam kat tangan menunjukkan 9.45 pagi. Arghhh harapan hanya di sana. Berlari ibarat Azmi Ibrahim keluar dari hotel tidak berpaip menuju ke Kuantan Medical Centre. Di pintu hadapan KMC perasaan tak sampai hati untuk meneruskan larian ke dalam hospital swasta yang ramai misi-misi cun melecun tu. Aku toleh ke bangunan sebelah. Yes itu lah harapan aku yang terakhir.
Perghhh lega rasanya. Sambil kaki aku melangkah puas hahahaha. Kejadian ini berlaku lagi. Tengah syok mencari baju raya dan sang isteri membelek beg Bonia merah yang sememangnya memang cantik dan kini telah menjadi hak milik beliau.
Perasaan telur di hujung-hujung tanduk kian terasa semula. Arghhh aku dah tak boleh nak fokus untuk baju raya yang masih belum dijumpai.
"Sayang tengok lah dulu ek tak tahan dah ni", sambil menepuk perut yang semakin kian tak boleh aku tahan.
Kali ini aku terpaksa menerima kenyataan bahawasanya tandas di pasaraya ini sememangnya tak ada paip atau pun baldi. Pehhh hilang kenikmatan apabila berada di dalam jamban sekiranya semua tempat tak ada batang paip.
No comments:
Post a Comment