Tuesday, November 4, 2014

15,000 menyambut kepulangan hero Pahang

Setiba sahaja hero-hero Pahang di Tol Kuantan, mereka disambut dengan kumpulan motosikal berkuasa besar, kelab kereta, Elephant army dan tidak ketinggalan peminat-peminat pasukan Pahang. Mereka diarak bermula dari Tol Kuantan melalui Astana Golf, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, hadapan HTAA, Kompleks Teruntum, Megamall, Zenith dan berakhir di Stadium Darul Makmur. Konvoi diketuai YM Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah dan YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob Menteri Besar Pahang dengan menaiki BMW sport CAP 1. Tengku Amir juga turut bersama-sama mengetui konvoi bermotor berkuasa tinggi.

Di hadapan stadium seramai 15,000 orang peminat pasukan bola sepak negeri Pahang telah membanjiri perkarangan stadium sejak jam 4.00 petang lagi. Sambutan kali ini amat luar biasa berbanding dengan tahun sudah. Tidak keringgalan persembahan silat dan tarian naga memeriahkan suasana. Ultras Pahang iaitu Elephant Army juga berchant demi Tok Gajah tercinta tidak kira suara sudah hilang kerana kepuasan yang tidak terhingga. 

YAB Menteri Besar Pahang memaklumkan kepada semua bahawasanya kerajaan negeri akan memberi imbuhan 2 kali ganda kepada semua pemain berbanding dengan tahun sebelumnya. 

Sambutan besar-besaran tersebut berakhir pada jam 6.45 petang. Tahniah Pahang Tahniah penyokong pahang, Tahniah pengurusan pahang dan tahniah buat jurulatih Pahang.


No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...