Tuesday, November 25, 2014

Ibu!! Afi Nak Nasi

Hari ini hari ke-4 Afi Darwisy selesai menjalani pembedahan tonsil. Alhamdulillah nampaknya sang kecil telah semakin stabil. Walaubagaimanapun sang kecil tetap kena berpantang selama 6 minggu sepertimana yang telah dimaklumkan oleh doktor. 

Nak dijadikan cerita mulai hari ini aku mengeluarkan undang-undang di dalam rumahku iaitu tiada siapa yang boleh makan di dalam rumah. Kenapa aku tak bagi sesiapa makan di dalam rumah? Jawapannya aku tak sanggup melihat sang kecil menelan air liur dan melihat aku makan sedangkan dia terpaksa makan bubur dan ais kream sahaja. 

Baru kejap tadi sedang aku menjamu selera berlaukan ikan bawal masak pedas yang juga kegemaran sang kecil, dia melihat saja aku makan. Tapi jelas kelihatan dari air muka sang kecil dan dari tekaknya yang menelan air liur. 

"Ibu!! Afi nak nasi," keluar suara dari mulutnya.
"Afi sakit, Afi makan nasi bubur ye," pujuk sang ibu.
"Tak nak!! Afi nak nasi," jerit sang kecil perlahan.

Saat itu sayu jer hati aku. Dan mulai saat itulah aku bagi tahu sang isteri mulai esok tidak perlu masak dan makan di rumah. Akhirnya sang ibu datang dengan membawa nasi yang sedikit lembik dan dituangnya kicap sebagai perisa. Dengan penuh selera makan lah sang kecil nasi lembik berkuahkan kicap. Betullah kata orang kalau ada salah sorang dalam rumah yang berpantang pastinya satu rumah kena berpantang. 

.... Tabahlah wahai anakku 
.......... Ayah dan ibu tahu kamu kuat .....




4 comments:

  1. Ya Allah, kecik-kecik lagi dah kena pantang :( seksanya la tengok dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal tapi untuk kebaikan sang kecik jugak

      Delete
  2. Julia sebagai ibu pun sama berperasaan sedemikian...luluh hati bila anak teringin nak makan tp kalau melibtakan masalah kesihatan sebaiknya satu rumah perlu berpantang...harap afi lekas sembuh ye

    ReplyDelete
  3. Anak julia kalau perkara berkaitan anak ni emmm Allah sahaja yg tahu

    ReplyDelete

Kisah Keletihan

K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...