Dahulu ketika aku menggunakan nama Kisah aku ... Kehidupan daku cikgu aku adalah Amirul Asyraff pelajar UMP yang tidak bosan-bosan menjawab setiap pertanyaan aku tentang blogger. Dan sampai satu tahap tu dia tolong buatkan aku punya layout supaya nampak menarik. Sekarang pun aku masih merangkak di dalam penggunaan blogger dan hari ini seorang lagi sahabat yang aku ganggu hidup dia untuk membantu aku di dalam memberi ilmu tentang dunia blogger. Selama ini aku tak tahu pun dia ada blog sendiri. Apabila dia komen di facebook aku baru aku tergerak hati untuk melihat profile beliau dan akhirnya ... nah sebuah blog yang hebat dengan entri-entri yang sungguh mencuit hati kepada sesiapa yang singgah untuk membaca. Kalau korang tak percaya korang lawat lah sendiri www.ceritashark.com. Opsss lupa nak bagi tau sapa budak ni. Nama dia aku panggil Shakir, dia pun minat fotografi macam aku. So alhamdulillah harap dipermudahkanlah segalanya. Terima kasih bebanyaklah Shark weh... banyak membantu kawan di dalam dunia blogger ni, diharapkan aku boleh mencipta sebuah blog yang disukai ramai dan menjadi sebuah blog contoh kepada semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kisah Keletihan
K adang-kadang terasa letih yang amat sangat. Keletihan yang hadir membuatkan minda terus menerus memikir bagaikan tiada tanda noktah. Serin...

-
Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...
-
Tik tik tik air paip yang tidak ditutup kemas membuatkan mata aku masih tidak mahu tertutup. Terasa berat jer badan ini untuk melangkah ke ...
-
Pernah kah kita menganggap bahawa pekerjaan kita seharian merupakan suatu bentuk amanah? Atau adakah cukup sebagai cara memperoleh gaji atau...
No comments:
Post a Comment