Friday, November 7, 2014

Sang Pembuli

Semenjak dua menjak ni kes-kes buli sering mendapat perhatian ramai. Di youtube dan dada-dada akhbar sering memaparkan kisah dan kes buli yang membabitkan pelajar-pelajar sekolah hari ini. 


Buli membawa maksud perbuatan mengkasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan si pembuli. Selain daripada itu buli juga membawa maksud tingkah laku yang agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau pun psikologi. 

Kisah sang pembuli bukan lah cerita baru sebenarnya. Sejak dahulu kala lagi telah ada kejadian-kejadian buli disekolah terutamanya. Tetapi kisahnya tidak seperti kisah hari ini. Kalau dahulu kisah sang pembuli hanya sekadar untuk bersuka ria diantara sang senior dengan adik juniornya. Dan di antara tindakan yang sering dilakukan hanyalah seperti basuh baju, buat kerja sekolah, ambik makanan atau yang mungkin sedikit kejam mengenakan orang lain seperti tutup air ketika orang yang dibuli tengah melepas dan letak ubat gatal dalam bekas bedak. 

Tapi ceritera hari ini sangat dasyat dan mengerunkan. Mereka bertindak lebih kejam dan tidak perikemanusiaan. Mereka memukul, menendang macam tendang batang pisang sehinggakan mengakibatkan kecederaan yang serius dan ada juga yang dilaporkan dibuli sehinggakan meninggal dunia. 


Mereka seolah-olah tidak risau dan takut dengan tindakan yang telah lakukan. Dimanakah silapnya? Adakah media masa? Keluarga? Rakan sebaya? Atau nilai kendiri yang langsung tiada di dalam diri mereka. Hari ini juga ibu bapa menjadi takut dan risau untuk menghantar anak-anak mereka jauh dari pandangan mata. Dari segi anak-anak juga mereka akan menjadi trauma apabila mereka mula untuk melangkah ke alam persekolahan. 

Pada masa kini bukan sahaja pelajar lelaki yang membuli tetapi pelajar perempuan juga turut sama mendominasi kegiatan buli membuli ini. Apakah langkah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menangani kesalahan ini? Secara jujurnya perkara ini perlu ada jalan penyelesaian dan dititik beratkan supaya suasana persekolahan akan aman dan selamat bagi pelajar-pelajar lain. 




No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...