Friday, November 7, 2014

Terbang Bersama MAS

MH1269 membawa aku ke Kuala Lumpur hari ini. Seawal pagi tadi aku resah gelisah sendirian meninggalkan anak isteri tetapi demi untuk membangunkan satu modul baru di LPPKN aku gagahi jua. Dikatakan modul ini khusus buat remaja lelaki dari segi reproduktif kesihatan mereka. 

Semalam aku dah membuat sedikit kajian bersama pelajar-pelajar tingkatan 3 SMK Paya Besar, kiranya boleh lah sedikit input yang aku boleh guna ketika perbincangan nanti. 

Di dalam kapal terbang aku teringatkan sang kecik iaitu Afi Darwisy. Kesian dia asyik kena tinggal jer. 

"Ayah nak pegi mana pulak ni"? Tanya sang kecik seawal pagi celik sahaj mata dari tidur. 
Tersentuh hati aku dengan perkataan 'pulak' yang diajukan kepadaku. 
"Ayah nak pergi kerja, afi darwisy hantar ayah ke airport ye", pujuk aku.
"Ayah naik kapal terbang ker ayah"?, tanya sang kecil sambil mengosokkan matanya.
"Ye sayang", jawab aku sepatah sambil menggenakan minyak wangi ke badan.
"Ayahhhh nanti kapal terbang jatuh macam mana? Ayah mati nanti Afi nk tidur dengan siapa"? 
Luluh hati aku mendengar apa yang terkeluar dari mulut sang kecil. Sememangnya sang kecil ini mengikut peristiwa MH 370 dan MH 17 yang hilang dan terhempas. Sejak peristiwa itu sememangnya sang kecil akan marah dan kadang-kadang menanggis kalau aku dan sang isteri bergurau mengatakan untuk menaiki kapal terbang.

"Insya Allah sayang, semuanya selamat, Afi Darwisy hantar ayah ke airport ye?", pujuk aku sambil cium dahi dan pipi sang kecik. 
"Ok ayah", sambil memeluk aku. 

Jam 11.00 aku dah sampai di KLIA dan aku terpaksa menunggu Jam 1.00 tengah hari untuk menaiki kapal terbang menuju ke Langkawi pulak. Akhirnya tepat jam 2.00 petang aku sudah sampai ke bumi sang helang yang dikelilingi oleh lautan yang mengepung Pulau Langkawi. 

Hotel Grand Continental menjadi tempat untuk aku berkampung bersama para-para profesor, doktor, kaunselor, dan peserta kursus dari pelbagai agensi untuk membangunkan Modul Remaja Lelaki Berumur 16-24 tahun. 


No comments:

Post a Comment

Gadis Bertudung Singkat

Setiap hari semasa waktu rehat tempat aku menjamu selera tidak lain dan tidak bukan di bawah pokok beringin yang sentiasa ditemani oleh...